Kami telah menginap di CK Homestay. 🏡Rumah teres ini mempunyai 3 tingkat dan pemilik homestay ini duduk di tingkat 1 dengan keluarganya. Tapi tak perlu bimbang kalau-kalau kita terganggu mereka sebab homestay ini ada 🚪pintu laluan yang khas untuk tetamu seperti kita ni (terus je naik, tak lalu depan ruang tamu tuan rumah pun). Lagipun tuan rumahnya memang sangat 😄peramah dan kami tak rasa kekok tinggal di sana.
Ternyata, keindahan alam semulajadi ini haruslah disaksikan dengan 👀mata sendiri sahaja. Menurut pemandu pelancong kami, kelip-kelip di sini hanya akan menghuni di spesies pokok bakau yang tertentu sahaja (Wow! Fakta yang menarik tu!). Setelah menyaksikan kelip-kelip, kami pun pulang ke homestay kami. Keesokan harinya kami check-out tepat pada 12pm dan 🚗pulang ke KL.
Lawatan kali ini amatlah santai sebab tak banyak jalan-jalan, restoran dan tempat tarikan semuanya pun dekat-dekat saja. Justeru, menjadikan Kuala Sepetang sebuah destinasi eko-pelancongan yang amat sesuai untuk dikunjungi bersama-sama dengan 👴👵orang tua dan 👨👩👧👦kanak-kanak. Kalau anda berminat, bolehlah jenguk pakej wow! & berbaloi yang kami tawarkan!👇👇
![]() |
Traworld
|
Easy and simple way to discover, book and plan your holiday anytime, anywhere with no hassle!